Connect with us

Oh! Media

“Sajat Dah, Jho Low Bagaimana?” – Ahli Parlimen Jelutong

Oh! Negara

“Sajat Dah, Jho Low Bagaimana?” – Ahli Parlimen Jelutong

Maklum mengetahui, isu berkaitan penangkapan Sajat semakin mendapat perhatian sehingga timbul pelbagai spekulasi membabitkan usahawan kosmetik itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Dapat Kad UNHCR Dalam Masa Singkat, Apa Buat Nur Sajat Istimewa?

Sebelum ini, sumber mengatakan bahawa seorang individu bernama Wan Besi menjadi dalang pembolosan Sajat ke negara gajah putih itu.

Namun, individu yang disebut sebagai pengkhianat negara itu telah tampil ke balai polis bagi menafikan perkara itu dan menolak persepsi dirinya menjadi dalang utama.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihaknya sedang berusaha untuk membawa pulang Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kembali ke Malaysia.

Sajat dibawa balik, bagaimana dengan Jho Low?

Berita penangkapan usahawan kosmetik itu telah membawa persoalan sama ada kerajaan turut mempergiat dalam pencarian Jho Low bagi membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu telah diusulkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Umum mengetahui bahawa Sajat telah ditahan dan akan dibawa balik untuk menghadapi tuduhan. Soalan saya adalah, bagaimana pula dengan Jho Low?

Menurutnya lagi, beliau mempersoal adakah kerajaan akan melakukan tindakan yang agresif untuk mengesan dan membawa pulang Jho Low.

Apakah tindakan yang akan diambil? Adakah kerajaan akan melakukan tindakan yang sama malah lebih agresif untuk mengesan dan membawa balik Jho Low?

Adakah tindakannya akan lebih perlahan sekarang kerana Ahli Parlimen Pekan menjadi backbencher kerajaan?

Saifuddin Abdullah jawab persoalan

Menjawab tentang persoalan itu, Saifuddin Abdullah bagaimanapun menyatakan bahawa ia bukanlah di bawah bidang kuasanya.

Beliau juga menganggap bahawa dakwaan Rayer adalah tidak adil terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terima kasih atas soalan tetapi ini bukan di bawah bidang kuasa saya.

Namun, saya rasa tidak adil ayat yang terakhir daripada Ahli Parlimen Jelutong yang mana ia membawa makna yang tersirat. Saya akan tanya pada menteri yang berkaitan untuk perkara ini.

Sekadar info, Jho Low yang merupakan ahli perniagaan telah didakwa atas lapan pertuduhan pengubahan wang haram dan bapanya yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Menurut sumber, Jho Low dikatakan telah melarikan diri ke Thailand sebelum dipercayai memasuki Macau, Hong Kong dan risikan pihak polis masih diteruskan.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas