Connect with us

Oh! Media

Rosmah Mansor Boleh Dikenakan Waran Tangkap Jika Tak Hadir Prosiding Rayuan

rosmah mansor

Oh! Negara

Rosmah Mansor Boleh Dikenakan Waran Tangkap Jika Tak Hadir Prosiding Rayuan

Umum mengetahui Datin Seri Rosmah Mansor kini berada di Singapura kerana menjaga anak perempuannya yang baru sahaja melahirkan anak.

ADVERTISEMENT

BACA: Rosmah Mansor Diberi Pasport Sementara Untuk Jaga Anak Perempuannya Di Singapura

Menerusi laporan Kosmo, Rosmah Mansor boleh dikenakan waran tangkap jika beliau tidak hadir ke prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin depan.

Menahan pengeluaran waran tangkap hari ini

rosmah mansor

Keputusan tersebut telah dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah, yang telah menahan pengeluaran waran tangkap hari ini.

Kami telah mempertimbangkan cadangan responden agar perayu, Rosmah dikenakan waran tangkap namun kami juga mengambil kira hujah peguam bela bahawa situasi ini berlaku kerana pembelaan terlepas pandang dalam menasihati perayu berhubung kehadirannya hari ini. Kami juga mengambil maklum bahawa perayu tidak pernah gagal untuk hadir pada perbicaraannya di Mahkamah Tinggi.

Oleh itu, dengan menggunakan budi bicara kami di mahkamah rayuan agar waran tangkap terhadap perayu ditahan pada peringkat ini dan perayu diberi peluang untuk hadir. – Datuk Hanipah Farikullah

Rosmah telah gagal untuk datang ke prosiding hari ini, di mana Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar hujahan rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid serta menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes tersebut.

Akibat dari kegagalan Rosmah untuk hadir ke prosiding hari ini, Sri Ram telah memohon agar waran tangkap dikeluarkan dan jaminan RM1 juta juga dibatalkan.

Menurut peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh menyatakan bahawa Rosmah sekarang ini masih berada di Singapura dan mengakui telah melakukan kesilapan dengan melanggar perintah Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan pada 15 Oktober lalu.

Pada waktu itu, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Rosmah membuat permohonan pasport sementara untuk menjaga anak perempuannya di Singapura. Perintah itu juga meminta Rosmah untuk pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November dan pasport sementara itu perlu dipulangkan ke mahkamah pada 6 Disember.

Jadi, jika Rosmah gagal menghadirkan diri pada 6 Disember, Isnin depan, beliau bakal dikenakan waran tangkap. Kita tunggu dan lihat sajalah ya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas