Connect with us

Oh! Media

Cadang Denda Kurang RM2,000, Rayuan Peguam Bela Tengku Adnan Ditolak

Oh! Negara

Cadang Denda Kurang RM2,000, Rayuan Peguam Bela Tengku Adnan Ditolak

Masih lagi hangat tentang isu Tengku Adnan yang telah diputuskan bersalah dalam kes melibatkan rasuah bernilai RM2 juta pagi tadi. Lebih menarik perhatian netizen, rayuan dari Datuk Tan Hock Chuan, peguam bela kepada bekas Menteri Wilayah Persekutan tersebut yang dikira tak masuk akal.

ADVERTISEMENT

Tan telah merayu supaya tertuduh dikenakan hukuman ringan dengan jumlah denda bawah RM2,000. Menurut Tan, banyak jasa yang telah diberikan oleh Ku Nan sepanjang berkecimpung dalam bidang politik selain dari alasan ini merupakan kesalahan pertama beliau.

BACA : Keputusan Muktamad! Tengku Adnan Bersalah Kes Rasuah RM2 Juta

Namun, Julia Ibrahim selaku Timbalan Pendakwa Raya telah membantah rayuan itu dan minta Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan untuk tak menerima hujah pembelaan. Menurut beliau, tindakan ‘menyelamatkan’ kedudukan Ku Nan sebagai MP Putrajaya itu adalah tidak adil.

“Ini adalah kes rasuah yang melibatkan jutaan ringgit, yang mana tertuduh sendiri pernah memberitahu mahkamah wang berjuta itu hanya setakat duit poketnya. Jadi apakah adil untuk mendenda tertuduh kurang dari RM2,000, walhal kesalahannya melibatkan rasuah jutaan ringgit?” – katanya.

Selepas mendengar hujah dari kedua-dua pihak, Mohamed Zaini telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta terhadap Ku Nan. Tertuduh juga turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan sebagai tambahan seandainya tertuduh tidak membayar wang denda.

Bagaimanapun mahkamah turut benarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat. Menurut laporan, Ku Nan hanya tunduk dan tenang sebaik sahaja dijatuhkan hukuman.

Harapnya kes ini dapat beri pengajaran pada orang di luar sana supaya tak terlibat dengan gejala rasuah. Tak kira lah apa jawatan yang anda pegang sekali pun. Kalau didapati bersalah, anda tetap kena hukuman yang setimpal.

Kredit: MalaysiaGazette

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas