Connect with us

Oh! Media

PN, Pas Didakwa ‘Pentaksub Agama’, GPS Digesa Untuk Kekalkan Keharmonian Bangsa Dan Agama Di Sarawak

Oh! Negara

PN, Pas Didakwa ‘Pentaksub Agama’, GPS Digesa Untuk Kekalkan Keharmonian Bangsa Dan Agama Di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa untuk menolak sebarang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan Pas bagi membentuk kerajaan persekutuan kerana parti itu “pentaksub perkauman”.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Astro Awani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan, Baru Bian yang juga bekas ketua PKR Sarawak mengatakan yang perkara itu perlu dilakukan untuk negeri itu mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Hal ini merujuk kepada kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang mendakwa PH cuba “mengkristiankan Malaysia” dan secara tak langsung menentang agama Islam.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin telah menjelaskan bahawa ucapannya diambil di luar konteks oleh pihak lawan PN bagi mencemarkan imejnya.

Selain itu, Baru Bian turut mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menunjukkan dirinya sebagai “pentaksub agama dan kaum” dengan menyalahkan orang bukan Islam sebagai punca rasuah.

Katanya, orang Sarawak belum melupakan penghinaan Hadi terhadap Orang Asal Sarawak dengan merujuk mereka sebagai pengundi “jahil bercawat”.

Saya menggesa semua Ahli Parlimen dalam GPS lantang menolak PN dan Pas.

Kita nyatakan pendirian kepada premier untuk menolak kerjasama dengan pentaksub agama dan kaum.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas