Connect with us

Oh! Media

Pihak Polis Masih Belum Terima Laporan Menafikan Rakaman Audio Dari Zahid & Anwar

Oh! Negara

Pihak Polis Masih Belum Terima Laporan Menafikan Rakaman Audio Dari Zahid & Anwar

Baru-baru ini politik Malaysia telah digemparkan dengan tersebarnya rakaman perbualan telefon mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Admad Zahid Hamidi bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ADVERTISEMENT

Perbualan mirip suara mereka itu telah mendedahkan yang mungkin akan berlaku kerjasama antara UMNO dan PKR untuk PRU yang akan datang dan ini telah membuatkan pengikut UMNO hilang kepercayaan kepada Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut menyatakan yang setakat ini tiada lagi laporan polis diterima daripada pegawai kedua-dua pemimpin terlibat untuk menafikan rakaman terbabit.

Kalau Zahid kata dia tak ada buat ‘conversation’ itu, dia patut yakin dan dia buat laporan polis (tetapi) sampai semalam (Khamis) tak ada, dia tak buat pun laporan polis.

Begitu juga Anwar, kalau dia yakin bukan dia yang bersuara, dia buat laporan polislah dan saya nak bagi tahu melakukan laporan polis dan laporan itu palsu adalah melakukan satu kesalahan.

Jadi kalau dia rasa dia tak melakukan kesalahan, apa nak takut, buatlah laporan polis. Dia kata pegawai nak buat laporan polis, pegawai dia pun tak buat lagi, yang buat orang lain tapi pegawai dia tak ada. – Katanya.

Jadi adakah rakaman panggilan telefon itu benar atau hanya fitnah semata-mata? Laporan polis perlu dilakukan segera jika tidak mahu ahli parti masing-masing hilang kepercayaan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas