Connect with us

Oh! Media

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Akan Diadakan Esok

raja-raja melayu

Oh! Negara

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Akan Diadakan Esok

Nampaknya keputusan untuk mengwujudkan kerajaan gabungan masih gagal tercapai walaupun perbincangan antara ketua-ketua parti telah dilakukan bersama YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

ADVERTISEMENT

Terkini, Agong dalam dimaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas bersama Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 24 November bagi berbincang isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Seri Paduka Baginda menyeru agar seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqomah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.

Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar rencanakan dengan penuh cermat serta teliti.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia hanya perlu bersabar.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas