Connect with us

Oh! Media

Pelawak & Penyanyi Rap Tanah Air Sertai PKR Sepentas Bersama Anwar

Oh! Negara

Pelawak & Penyanyi Rap Tanah Air Sertai PKR Sepentas Bersama Anwar

Nampaknya Pilihan Raya Umum Ke-15 sudah semakin hampir bila kita dapat melihat parti politik di Malaysia sudah mula mengatur gerak untuk mempersiapkan parti mereka.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengumumkan dua orang selebriti terkemuka tanah air telah menyertai PKR.

Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad telah diumumkan menyertai PKR sewaktu program Temu Bersama Anwar di Ampang malam tadi.

Saya hargai komitmen mereka untuk menjadikan KEADILAN sebagai wahana bagi memperpanjang kerja-kerja kemanusiaan serta kasih dan belas mereka kepada warga tertindas. – Kata Anwar.

Anwar turut menyerahkan kad keahlian parti kepada mereka dalam program tersebut.

Kredit: Anwar Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas