Connect with us

Oh! Media

PAS Kukuh Kerjasama Dengan Bersatu Hadapi PRU15

Oh! Negara

PAS Kukuh Kerjasama Dengan Bersatu Hadapi PRU15

Akhirnya hari ini parti PAS dan Bersatu sebulat suara bersetuju untuk bergabung dan mengukuhkan lagi kerjasama salam Perikatan Nasional (PN).

ADVERTISEMENT

Kerjasama ini juga dilihat akan menguatkan lagi PN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Hal ini disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Bersatu dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang membabitkan PH dan sekutunya.

Bersatu dan PAS, selaku antara parti pengasas utama PN, akan menubuhkan satu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat pusat, bagi merangka strategi dan hala tuju parti khusus bagi menghadapi PRU-15, termasuk rundingan pengagihan kerusi. – Kata kenyataan terbabit.

Ini juga bermakna PAS tidak meneruskan kerjasama bersama parti UMNO dan telah menolak segala percubaan untuk menjatuhkan kerjaan PN yang dibina bersama sebelum ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas