Connect with us

Oh! Media

“Parlimen Sengaja Ditutup Tanpa Alasan Masuk Akal” – Anwar Ibrahim

Oh! Negara

“Parlimen Sengaja Ditutup Tanpa Alasan Masuk Akal” – Anwar Ibrahim

Pagi ini, cubaan puluhan ahli parlimen pembangkang berarak memasuki bangunan Parlimen tidak berjaya selepas disekat anggota polis. Dalam perarakan yang diketuai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka turut mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas didakwa gagal mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kerajaan Masih Dapat Sokongan Lebih 110 Ahli Parlimen” – TPM

Terbaru, Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di Facebook berkata, beliau hadir untuk menyatakan pendirian dan membantah kerajaan yang dipimpin Muhyiddin Yassin.

Dakwanya, kerajaan telah merobek kesucian institusi Parlimen serta telah melanggar saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar Ibrahim

Parlimen sengaja ditutup tanpa alasan yang masuk akal dan pelbagai lagi alasan-alasan teknikal dengan matlamat mahu mengelak kebertanggungjawaban serta prinsip ketelusan dan semak imbang.

Dakwanya lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah hilang keabsahan untuk mentadbir negara apabila hanya didukung tidak lebih dari jumlah majoriti minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Ujar beliau, 106 ahli Parlimen yang hadir perarakan hari ini mengulangi penegasan bahawa Perdana Menteri harus mempunyai tanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan segera.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laporan Harian Metro mendakwa tindakan batal Proklamasi dan Ordinan Darurat yang tidak mengikut proses perundangan tertib membuktikan Kabinet yang ada tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas