Connect with us

Oh! Media

Niat Nak Ucap Hari Lahir Ke-96 Tapi Tun M Dan Tun Siti Hasmah Marah Syed Saddiq?

Oh! Negara

Niat Nak Ucap Hari Lahir Ke-96 Tapi Tun M Dan Tun Siti Hasmah Marah Syed Saddiq?

Pada 10 Julai lepas, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyambut hari lahirnya yang ke-96. Tun Mahathir yang lahir pada 10 Julai 1925 itu kini masih dalam keadaan sihat dan tetap bertenaga.

ADVERTISEMENT

Ramai yang dah ucap selamat kepada Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah, tetapi apa yang menarik perhatian kami adalah ucapan khas dari YB Muar, Syed Saddiq kepada Tun Mahathir yang akhirnya kena marah pula dengan Tun Siti Hasmah. Kenapa tu?

Dalam video yang dikongsikan Syed Saddiq di Instagram miliknya, dilihat Syed bersama sepotong kek dan lilin membuat panggilan video bersama Tun Mahathir tetapi sebelum sempat membuat ucapan, Tun Mahathir telah menegur Syed tentang kemalangan kereta yang dialaminya.

Syed kemudian memaklumkan yang dia hanya mengalami kemalangan kecil dan Tun Mahathir menasihatkannya untuk lebih berhati-hati. Tetapi sebelum panggilan video berakhir, terdengar pula suara Tun Siti Hasmah yang menegur Syed untuk lebih berhati-hati sekarang juga!

Macam atok dan cucu jer, comel! Hubungan Syed Saddiq dan Tun Mahathir sememangnya memang rapat walaupun mereka sekarang tidak berada dalam satu parti yang sama lagi.

Apapun, semoga Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia selalu. Amin

Kredit: Instagram Syed Saddiq

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas