Connect with us

Oh! Media

Setelah Berfikir Panjang, Nazri Aziz Lapor Tidak Lagi Menyokong Muhyiddin Sebagai PM

Oh! Negara

Setelah Berfikir Panjang, Nazri Aziz Lapor Tidak Lagi Menyokong Muhyiddin Sebagai PM

Sabtu lepas, Ahli Parlimen Machang, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dikatakan telah menjadi ahli parlimen Barisan Nasional (BN) pertama yang menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional dan Muhyiddin sebagai perdana menteri. 

ADVERTISEMENT

Menurut sumber media pada hari ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga telah mengumumkan beliau telah menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan mandat daripada Umno Pandang Rengas.

Oleh itu, saya ingin mengumumkan bahawa saya sebagai ketua bahagian Padang Rengas dan Ahli Parlimen Padang Rengas menarik sokongan saya terhadap Muhyiddin untuk membentuk kerajaan sekarang. – Kata Nazri Aziz.

Nazri berkata, beliau membuat keputusan itu setelah berfikir panjang dan percaya ianya dibuat demi kepentingan parti.

Dengan pengumuman saya, ini bermakna Muhyiddin mendapat sokongan daripada 109 ahli Parlimen. – Katanya, dengan meramalkan lebih ramai ahli Parlimen Umno akan membuat pengumuman yang sama dalam waktu terdekat. 

Makin ramai pula Menteri yang tarik diri daripada menyokong Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri. Apa agaknya kesudahan bagi Muhyiddin?

Kredit: MalaysiaKini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas