Oh! Politik
Najib Razak Masuk HKL
Oleh
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani rawatan ulser dalam perut dengan prosedur rawatan sama seperti banduan lain yang terlakluk di bawah Akta Penjara 2000.
Menurut laporan Kosmo, rawatan yang diberikan buatnya itu adalah mengikut saranan untuk pemantauan pakar.
Beliau ditahan di hospital, beliau masih berada di bawah kawalan pihak penjara.
“Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Jabatan Penjara bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
Tidak dapat dipastikan berapa lama Najib ditahan di wad dan ianya bergantung kepada syor oleh pegawai perubatan.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
