Connect with us

Oh! Media

Muhyiddin Yassin Masih Sah Sebagai Perdana Menteri Malaysia

muhyiddin

Oh! Negara

Muhyiddin Yassin Masih Sah Sebagai Perdana Menteri Malaysia

Sebentar tadi baru sahaja selesai perutusan khas Perdana Menteri bagi menjelaskan situasi sebenar politik negara pada waktu ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awalnya memohon maaf kerana terpaksa menyelesaikan konflik politik yang berlaku walaupun negara pada waktu ini sedang menghadapi wabak Covid-19.

ADVERTISEMENT

Muhyiddin memaklumkan dia turut telah menerima warkah Agong yang memaklumkan hanya lapan Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Dengan itu Muhyiddin masih menerima sokongan majoriti. Perletakan jawatan Perdana Menteri di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan juga tidak berbangkit sama sekali.

Muhyiddin juga telah mengadap Agong pada jam 11 pagi tadi di Istana Negara. Agong turut memperkenankan cadangan Perdana Menteri untuk melakukan keabsahan Perdana Menteri dan usul percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen pada September 2021.

Kredit: Facebook RTM

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas