Connect with us

Oh! Media

Muhammad Sanusi Umum Muhyiddin Akan Angkat Sumpah Sebagai PM Ke-10 Petang Ini

muhammad sanusi

Oh! Negara

Muhammad Sanusi Umum Muhyiddin Akan Angkat Sumpah Sebagai PM Ke-10 Petang Ini

Parti gabungan mana yang akan bentuk kerajaan? Persoalan ini masih menjadi misteri selepas masing-masing masih berusaha dan mendakwa mereka mendapat jumlah majoriti.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara kira-kira jam 4 petang ini.

Ini selepas seramai 18 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan bersama PN dan menyokong Muhyiddin sebagai PM.

Saya harap semua pakat mendoakan semoga senarai nama yang perlu dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum 2 petang dapat diserahkan. Selepas itu, Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri daripada PN InsyaAllah akan berlaku.

Doakan supaya semua ini berjalan dengan sempurna seperti yang diharapkan untuk kita bawa negara ini menjadi prihatin, bersih dan stabil.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas