Connect with us

Oh! Media

Menteri Arah Semua Jalan Rosak Di Sabah Dibaiki Segera!

Oh! Negara

Menteri Arah Semua Jalan Rosak Di Sabah Dibaiki Segera!

Nampaknya tahap kesedaran beberapa pihak berwajib terhadap kerosakan jalan semakin meningkat sejak Khairy Jamaludin alami kemalangan basikal akibat jalan berlubang.

ADVERTISEMENT

Tapi, masalah jalan rosak di Sabah lebih teruk jika nak dibandingkan dengan Semenanjung dan ia tak pernah selesai sejak dulu.

Bagaimanapun, Bung Moktar yang merupakan Menteri Kerja Raya Sabah telah mengeluarkan arahan untuk membaiki segera kerosakan jalan raya di seluruh negeri itu selepas berjumpa dengan kontraktor terlibat.

Saya sudah memanggil kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara dan memantau jalan raya di negeri ini supaya membaiki segera laluan yang mengalami kerosakan akibat faktor cuaca.

Pihak kontraktor perlu segera baiki jalan yang berlubang dan mengalami kerosakan akibat banjir atau hujan lebat untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna. – Katanya.

Diharapkan agar tindakan yang diambil ini bukan hanya dilakukan pada waktu isu sedang panas, tetapi lakukanlah dengan betul selagi tanggungjawab ini diberikan kepada anda.

Jika semua jalankan tanggungjawab masing-masing, masalah seperti ini tidak akan berlaku.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas