Connect with us

Oh! Media

Masih Berbakti Untuk Rakyat, Ini ‘Pekerjaan’ Terbaru Annuar Musa Selepas Letak Jawatan

Oh! Negara

Masih Berbakti Untuk Rakyat, Ini ‘Pekerjaan’ Terbaru Annuar Musa Selepas Letak Jawatan

Hangat dan mengejutkan. Itulah perkataan yang boleh digambar semalam selepas berlaku perubahan dalam Kabinet Malaysia iaitu perletakan jawatan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Terima Kasih Abah” – Ucapan Muhyiddin Yassin Undang Rasa Sebak Netizen

Hal itu kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan susulan kehilangan majoriti sokongan daripada ahli parlimen.

Seluruh kabinet di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga turut dibubarkan dengan menteri-menteri di bawahnya telah meletakkan jawatan.

Ucapan terima kasih selepas perletakan jawatan

Semalam selepas berlakunya perbubaran Kabinet, kelihatan hampir seluruh menteri telah memuat naik hantaran mengenai ucapan terima kasihnya selama berkhidmat untuk negara.

Tidak terlepas juga bagi Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang turut memuat naik permintaan maafnya selama menjawat jawatan menteri.

May Allah SWT bless Malaysia always.

https://twitter.com/AnnuarMusa/status/1427182480033935361

Annuar Musa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merupakan seorang menteri yang betah dalam sidang parlimen dan sering mengetengahkan unsur agama islam dalam pelbagai aspek.

Masih berbakti dengan rakyat

Walaubagaimanapun, selepas perletakan jawatan beliau, ia bukanlah alasan buat dirinya untuk tidak berbakti lagi kepada rakyat.

Menerusi hantaran di laman Twitter miliknya, beliau telah memuat naik sebuah gambar memaparkan dirinya telah menyertai Sukarelawan Prihatin bagi terus membantu rakyat.

Ya, tiada lagi pemandu, tiada lagi pengawal keselamatan, tiada gaji, tetapi bagi saya semua itu adalah pinjaman sahaja.

Saya sudah mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan Prihatin bagi membantu golongan yang memerlukan.

Tegasnya lagi, walaupun tidak lagi menjawat jawatan tinggi selepas ini, tetapi beliau tetap terus berusaha dalam membantu golongan yang tidak bernasib baik sepanjang pandemik ini.

Terima pujian netizen

Berhubung dengan tindakannya itu, dilihat netizen juga turut memuji tindakan beliau yang terus berbakti kepada masyarakat walaupun telah meletakkan jawatan.

Netizen juga turut mendoakan agar usaha yang dilakukan oleh Annuar Musa sentiasa diberkati bagi terus berhidmat kepada rakyat.

Setakat ini, perkongsian yang dibuat oleh beliau telah mendapat 569 tweet semula serta mendapat sebanyak 2,695 tanda suka.

Kredit: Twitter Annuar Musa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas