Connect with us

Oh! Media

“Luluskan Saja MUDA, Takut Apa Dengan Syed Sadiq” – Mohd Puad

Oh! Negara

“Luluskan Saja MUDA, Takut Apa Dengan Syed Sadiq” – Mohd Puad

Walaupun sudah menyerahkan pemohonan bagi penubuhan parti politik pada 17 September tahun lalu, parti MUDA yang ditubuhkan oleh Syed Sadiq Itu sehingga kini, masih belum lagi mendapat kelulusan daripada RoS.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dikatakan telah meminta kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk meluluskan sahaja pendaftaran bagi parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Katanya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu takut, ini kerana Belanjawan 2021 sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dikatakan akan terus kekal menjadi Perdana Menteri sehingga darurat ini ditamatkan.

Elok kerajaan PN luluskan saja Muda. Lagi pun nak takut apa dengan Syed Saddiq. Bajet 2021 pun sudah lulus. Muhyiddin boleh terus jadi Perdana Menteri sampai darurat ditamatkan.

Apa pun jangan main-main dengan Hamzah. Dia sangat berkuasa. Dia menteri yang jaga Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Jabatan Imigresen Malaysia.

Dulu Hamzah melutut dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, sekarang Tun melutut dengan Hamzah untuk daftar Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). – Tulisnya di Facebook.

Menurut laporan portal Free Malaysia Today pada Ahad, Syed Saddiq dilaporkan telah mendakwa Hamzah ada ‘memujuknya’ untuk menyokong kerajaan PN jika mahu pendaftaran parti Muda diluluskan.

Pendedahan yang dibuat oleh Syed Saddiq dalam satu afidavit (kenyataan bertulis) mengejutkan itu difailkan di mahkamah untuk menyokong permohonan semakan kehakiman berkenaan keengganan RoS mendaftarkan Muda.

Pada masa yang sama, Datuk Dr Mohd Puad berkata, tuduhan yang dibuat oleh Syed Saddiq dalam afidavitnya, kepada mahkamah yang mengaitkan isu pendaftaran Muda itu adalah sesuatu yang serius.

Dalam afidavitnya di Mahkamah, Syed Saddiq dakwa Hamzah letak syarat kena sokong Muhyiddin kalau mahu pendaftaran parti Muda diluluskan. Syed Saddiq buat tuduhan serius. Adakah dengan itu cara Muhyiddin untuk kekal berkuasa?. – Soal beliau.

Mana ada benda senang dalam dunia ni. Haruslah sokong dulu kalau nak lulus, ye dok?

Kredit: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas