Connect with us

Oh! Media

“Lebih Baik Ada Daripada Tiada” – MB Perak Anggap Sumbangan YTL Tetap Berguna

Oh! Politik

“Lebih Baik Ada Daripada Tiada” – MB Perak Anggap Sumbangan YTL Tetap Berguna

Baru-baru ini tular di media sosial yang mana tindakan kerajaan Perak mengedarkan telefon pintar percuma kepada golongan B40, mendapat kritikan daripada netizen oleh sebab spesifikasi serta kualitinya yang rendah menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Nak Bantu Bagilah Yang Ada Kualiti, Kenapa Nak Susahkan Pelajar?’ – Syed Saddiq

Menurut laporan Kosmo, bagi menjawab kepada kritikan itu, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pemberian telefon pintar jenama YES oleh Yayasan YTL kepada pelajar kurang berkemampuan di negeri itu lebih baik ada daripada tiada.

Tambahnya lagi, telefon pintar itu sekurang-kurangnya mampu membantu pelajar yang memiliki peranti berkenaan untuk melaksanakan PdPR dan memastikan pelajar-pelajar susah di Perak tidak tercicir dari segi pembelajaran.

Saya tidak pasti apa punca ada orang pertikai sumbangan percuma oleh Yayasan YTL ini kerana bila susah orang sedekah apa pun kita terima dan kita tidak boleh demand.

Lebih baik ada daripada tiada, kerana kalau tidak ada sumbangan YTL bermakna ribuan anak-anak golongan B40 di Perak yang tiada peranti tidak ada telefon untuk mereka ikuti PdPR.

Menurut beliau, pihaknya sudah dimaklumkan awal berkenaan spesifikasi telefon pintar itu ketika ia ditunjukkan semasa mesyuarat kerajaan sebelum ini .

Pihak Yayasan YTL memaklumkan untuk menyumbangkan 20,000 unit telefon pintar jenama YES untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang susah selepas dipanggil untuk memberi taklimat semasa mesyuarat kerajaan negeri.

Masa taklimat mereka tunjukan contoh model itu dan dalam pengetahuan kami telefon itu ada kemudahan 1GB RAM dan 8GB memori yang mana mencukupi bagi PdPR.

Selain itu, beliau juga turut mengalu-alukan sebarang sumbangan luar kepada kerajaan negeri bagi bersama-sama memanfaatkan pendidikan di negara ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

To Top