Connect with us

Oh! Media

Hanya Pemilihan Parti Dapat Menyelesaikan Kemelut Dalaman UMNO

Oh! Negara

Hanya Pemilihan Parti Dapat Menyelesaikan Kemelut Dalaman UMNO

Baru-baru parti UMNO telah dilaporkan bahawa mereka bakal menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan akan diadakan pada tahun ini.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Astro Awani, mereka telah memaklumkan bahawa penangguhan itu dicadangkan sebagai persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos depan.

Namun perbincangan dan keputusan mengenai usul tersebut ditangguhkan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung akhir Mac baru-baru ini.

Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baharu.

Namun, lain pula menurut Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau dikatakan telah mengesa UMNO untuk segerakan pemilihan bagi parti itu, supaya kemelut dalaman UMNO dapat diselesaikan.

Menurutnya, pemilihan tidak seharusnya ditangguhkan selepas pilihan raya sebaliknya harus dilakukan pada tahun ini juga.

Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini. UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat. – Kata Khairy.

Segerakan pemilihan parti. Do the right thing, Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this. 

Lakukan perkara yang betul, Majlis Tertinggi. Anda tahun kita tidak boleh teruskan seperti ini. – Beritahu KJ di Instagram Story dan kemudian dimuat naik ke akaun Twitter beliau semalam.

Kredit: Khary Jamaluddin

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas