Connect with us

Oh! Media

“Kesian Mereka Beratur Panjang” – Menteri Pengangkutan Akui Sistem JPJ Terlalu ‘Kuno’

Oh! Negara

“Kesian Mereka Beratur Panjang” – Menteri Pengangkutan Akui Sistem JPJ Terlalu ‘Kuno’

Umum mengetahui, orang ramai dilihat masih menggunakan sistem perkhidmatan kaunter di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan sebarang urusan berkaitan.

ADVERTISEMENT

BACA: JPJ Lakukan SJR Bermula Semalam, Periksa Kenderaan Tanpa Perlindungan Insuran!

Walaupun telah diperkenalkan urusan menerusi atas talian, namun terdapat juga beberapa masalah yang berlaku dan memaksa orang ramai untuk hadir ke kaunter sehingga berlaku kesesakan yang teruk.

Menteri Pengangkutan tegur JPJ, gesa pantau kesesakan

Sedar akan perkara itu, Menteri Pengakutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong telah tampil menegur agensi kerajaan tersebut selepas melakukan lawatan mengejut ke sebuah Ibu Pejabat JPJ di Johor hari ini.

Hal itu selepas beliau melihat kesesakan yang berlaku di lokasi tersebut selain turut menzahirkan rasa sedih melihat orang ramai yang terpaksa beratur panjang.

Bukan itu sahaja, masa mereka juga turut terbuang dengan kesesakan yang berlaku ditambah pula persekitaran yang panas selepas berjemur di bawah terik matahari.

Secara terus terang, saya sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai masih beratur panjang di sekeliling bangunan JPJ Johor. Saya terus menyiasat punca yang menyebabkan ‘queue’ yang panjang.

Selain itu, beliau turut menerima aduan daripada orang ramai kerana tidak dapat memperbaharui lesen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pos.

Lebih mengejutkan, terdapat juga individu yang mempersoalkan sistem MySikap yang transaksinya dibuat secara dalam talian, namun masih perlu hadir ke JPJ bagi urusan percetakan.

Akui sistem perkhidmatan JPJ terlalu ‘kuno’

Dalam pada itu, Wee Ka Siong juga turut mengakui sistem perkhidmatan kaunter JPJ sedia ada berusia lebih 10 tahun dan terlalu kuno serta perlu dimodenkan agar selari dengan era sekarang.

Selain itu, daripada empat mesin cetak Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang dibekal Percetakan Keselamatan Nasional (PKN), hanya dua mesin  yang berfungsi di Pejabat JPJ Johor ini.

Perkara ini amat mengecewakan dan saya terus menghubungi serta mengarahkan PKN segera membaiki atau menghantar mesin cetak LMM.

Oleh itu, beliau menyarankan agar agensi tersebut melakukan perubahan agar perkhidmatan yang diberikan lebih efisen selain turut berusaha dalam memastikan ia sentiasa baik, lancar dan menjimatkan masa.

Kredit: Kosmo! I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas