Connect with us

Oh! Media

“Kerajaan Tak Boleh Paksa Rakyat Ambil Vaksin” – Datuk Dr. Abdul Latiff

Oh! Negara

“Kerajaan Tak Boleh Paksa Rakyat Ambil Vaksin” – Datuk Dr. Abdul Latiff

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri selepas sasaran vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

ADVERTISEMENT

BACA: 21.1 Juta Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Dua Dos Vaksin

Kelonggaran itu hanya diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin untuk pulang ke kampung.

Menurut data, sebanyak 90.4 peratus atau 21,154,357 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Namun, terdapat beberapa peratus individu yang masih tidak mendapatkan suntikan termasuklah dari kalangan penjawat awam serta tenaga pengajar.

Kerajaan tak boleh paksa rakyat ambil vaksin

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kerajaan tidak boleh memaksa individu untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Menurutnya, walaupun negara seperti Singapura telah mewajibkan perkara itu, namun Malaysia setakat ini belum sampai ke tahap berkenaan.

Tambahnya lagi, terdapat pelbagai cara yang boleh dibuat untuk memastikan rakyat mengambil vaksin selain daripada memaksa mereka.

Individu tidak divaksin tidak dibenarkan menikmati makan bersama keluarga di restoran. Dengan cara ini, lama kelamaan mereka akan sedar bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa mengikuti nikmat orang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

Walaupun tiada paksaan lama kelamaan mereka akan sedar bahawa untuk hidup dalam dunia ada dua cara sama ada “passive infection” atau “active infection”, tetapi “active infection” boleh pergi ke tahap 3, 4 dan boleh masuk ICU (unit rawatan rapi).

Jadi kita serah kepada kebijaksanaan mereka-mereka yang degil ini.

Perkara itu diucapkan beliau pada persidangan Dewan Rakyat hari ini semasa menjawab soalan dari Steven Choong Shiau berkenaan meraka yang enggan mengambil vaksin.

Menjawab soalan itu, kerajaan Malaysia masih belum mewajibkan pengambilan vaksin kerana masih ada ruang untuk berbincang dengan mereka.

Tambahnya, vaksinasi di negara ini boleh dicapai tanpa paksaan sambil mengambil contoh masyarakat orang asli yang mampu menerima suntikan selepas melakukan perbincangan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas