Connect with us

Oh! Media

Ahmad Maslan Kata Hanya Orang Berpendidikan Tinggi Faham Kenapa Perlu Segera Adakan PRU

Oh! Negara

Ahmad Maslan Kata Hanya Orang Berpendidikan Tinggi Faham Kenapa Perlu Segera Adakan PRU

Perbincangan dan perdebatan tentang Pilihan Raya Umum ke-15 kembali jadi bualan hangat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar PRU15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.

ADVERTISEMENT

Perkara ini telah mengundang reaksi yang pelbagai dari rakyat. Mana taknya, negara sekarang tengah bergelut dengan catatan kes Covid-19 yang tinggi setiap hari, tapi ada pihak yang masih sibuk nak adakan PRU. Tak ingat ke apa yang jadi waktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dulu?

Seolah-olah nak menghangatkan lagi suasana, Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan baru-baru ini telah keluarkan satu kenyataan yang boleh buat netizen jadi lagi panas. Katanya, hanya golongan yang berpendidikan tinggi sahaja akan faham kenapa PRU perlu segera dijalankan. Alamak, biar betul?

Kenyataan tersebut dibuat oleh beliau dalam program Wacana Ilmu anjuran UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama Penerangan UMNO Perak yang disiarkan secara live di Facebook Umno Online. Maslan berkata demikian selepas menonton satu laporan berita yang menunjukkan pandangan seorang pemarut kelapa berusia 19 tahun tentang PRU15.

“Saya dipertontonkan dengan Astro Awani atau TV3, tidak pasti, dia interview seorang pemarut kelapa. Budak muda, saya tak tahulah dia dah daftar mengundi atau tidak. Tapi dia kata kita tak boleh lakukan PRU sebab Covid-19.” – katanya

Menurut Maslan, dah banyak negara yang melakukan PRU sewaktu musim Covid-19 seperti Amerika Syarikat dan Singapura. Tambahnya lagi, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang mempunyai majoriti paling tipis dalam dunia. Dengan jumlah 222 kerusi di Parlimen, mana-mana pihak perlu mendapat sokongan majoriti bagi menjadi kerajaan.

Erti kata lain, 222 bahagi dua dapat 111. Dan untuk menjadi kerajaan, sekurang-kurangnya perlu menang 112 kerusi di Parlimen (111 campur 1 bagi mendapat sokongan majoriti).

“Dan kerajaan di Malaysia ini ialah kerajaan satu, satu, satu, campur satu saja! Perasan ke, tidak? Rasanya yang parut kelapa tadi, dia tak perasan. Yang diinterview sebagai suara akar umbi, saya tak tahulah. Harap sekolah tinggilah. Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD, saya rasa dia tentu boleh mengulas dengan lebih tepat.” – tambahnya.

Statement Ahmad Maslan ini telah mengundang kecaman dan kritikan dari netizen. Bahkan, netizen yang ada PhD pun tak setuju dengan kenyataan tersebut. Bukan rakyat biasa je, Syed Saddiq pun turut upload tweet untuk membidas kenyataan dari Maslan.

Hm, rasanya dalam krisis pandemik yang sedang melanda negara, eloklah kerajaan dahulukan mana yang penting. Sekarang baik kita sama-sama fokus untuk turunkan jumlah kes jangkitan harian. Dah settle nanti, barulah sebut semula tentang PRU15.

Kredit: malaysiakini

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas