Connect with us

Oh! Media

“Kalau Tak Boleh Main Politik, Kita Nak Main Apa? Mak Yong? Congkak?” – Salahuddin Ayub

Oh! Negara

“Kalau Tak Boleh Main Politik, Kita Nak Main Apa? Mak Yong? Congkak?” – Salahuddin Ayub

Walaupun dah hampir seminggu sejak proklamasi darurat diisytiharkan di negara kita, tapi masih ada suara-suara yang terus menentang keputusan tersebut. Lebih-lebih lagi menteri dari barisan pembangkang.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini pun, Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim ada menyatakan yang beliau akan cabar proklamasi darurat di mahkamah. Walaupun ada suara-suara yang mendesak pihak pembangkang untuk berhenti berpolitik untuk seketika, namun mereka tidak bercadang untuk menuruti arahan tersebut dan terus berjuang supaya suara rakyat dapat didengari.

Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub, individu yang suruh mereka stop berpolitik pun, sebenarnya bukan pernah berhenti berpolitik. Yelah, kalau dah ahli politik tak dibenarkan berpolitik, habis diorang nak buat apa lagi?

“Kalau orang politik tak boleh main politik, kita nak main apa? Main Mak Yong, main congkak? Jadi saya rasa orang politik ini, kita berpolitik.”

“Mereka katakan kita berpolitik, jadi adakah mereka tidak berpolitik? Meluluskan, sebagai contoh, projek-projek yang tidak relevan buat masa ini, pembinaan tiga dewan dengan harga RM35 juta, nak dibiarkan begitu?” – katanya.

Kalau kita tengok negara luar macam England pun, parti politik dekat sana desak Ratu Elizabeth untuk campur tangan dan beri pandangan dalam isu Broxit. Jadi apa beza kalau diorang minta pandangan dari baginda Yang di-Pertuan Agong dan pohon perkenan untuk batalkan proklamasi darurat ini?

“Budaya itu tidak dianggap menderhaka. Perkataan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong itu era lama. Bukan kita mahu mengajak rakyat berarak ke pintu istana tapi yang kita mahu adalah persidangan Parlimen diadakan.” – katanya lagi.

Tambah Salahuddin lagi, pihak pembangkang akan terus mendesak supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin. Lagipun, mereka semua memang mempunyai hak untuk suarakan pandangan dan tidak bersetuju dengan sebarang keputusan kerajaan, seperti yang termaktub dalam kerangka Perlembagaan.

Terpulanglah pada anda semua yang ada kuasa. Kami pun tak boleh nak halang. Cumanya, janganlah beri alasan kalau perjuangan yang dilakukan cuma untuk kepentingan diri sendiri. Tapi kalau betul ia demi rakyat, kami doakan agar segala urusan dipermudah dan isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: Astro Awani

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas