Connect with us

Oh! Media

Jokowi Sengaja Pilih Nama ‘Nusantara’ Untuk Ibu Kota Indonesia Sebagai Mesej Bakal Jadi Kuasa Besar Asia?

nusantara

Oh! Negara

Jokowi Sengaja Pilih Nama ‘Nusantara’ Untuk Ibu Kota Indonesia Sebagai Mesej Bakal Jadi Kuasa Besar Asia?

Ibu kota Indonesia kini sedang giat dibangunkan dan belum apa-apa nama ibu kota itu sudah mula menjadi perdebatan. Ini apabila Presiden Joko Widodo telah memilih nama ibu kota Indonesia itu sebagai ‘Nusantara’, kata Menteri Perancangan Pembangunan Nasional, Suharso Monoarfa.

ADVERTISEMENT

Nama Ibu kota yang terletak di Kalimantan Timur itu disahkan pada Jumaat lalu dalam mesyuarat jawatankuasa kerja bagi rang undang-undang ibu kota baharu di Parlimen.

‘Nusantara’ akan jadi kuasa besar Asia!

Projek ibu kota Indonesia menjadi keutamaan dalam pentadbiran Jokowi kerana ia bakal membuka peluang ekonomi lebih baik, mengurangkan kemiskinan Indonesia dan bakal menjadi kuasa besar Asia. Agaknya kenapa nama ‘Nusantara’ dipilih?

Alasannya adalah Nusantara sudah dikenal sejak dulu dan ikonik di peringkat antarabangsa, mudah dan menggambarkan kenusantaraan kita semua Republik Indonesia. – Kata Suharso.

Nama ‘Nusantara’ jadi perdebatan pemerhati dari negara jiran Indonesia

Apabila nama ‘Nusantara’ dipilih, sudah pasti ia akan dipersoal negara-negara jiran. Sebagai orang Melayu yang tinggal di Asia Tenggara, perkataan itu dan maknanya bagi kita di Malaysia, Singapura dan Brunei mempunyai makna yang penting.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga mentafsirkan ‘Nusantara’ sebagai kepulauan Melayu, kenusantaraan hal yang berkaitan dengan Nusantara iaitu berpegang teguh pada asas kebersamaan untuk mempertahankan sifat yang asasi.

Jika dilihat pada Kamus Besar Bahasa Indonesia Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penelitian dan Teknolodi pula, ‘Nusantara’ menjadi kata ganti nama bagi seluruh wilayah kepulauan Indonesia.

Boleh dikatakan apabila menggunakan perkataan ‘Nusantara’, ia akan menggambarkan negara-negara Asia yang satu ketika dahulu berada dalam satu kerajaan Majapahit. Ia merangkumi rangkaian pulau yang terletak di antara benua Asia dan Australia.

Apapun jika nama ‘Nusantara’ ini telah diputuskan pemerintan Indonesia, kita tidak boleh mempertikai dan hanya perlu menerima.

Kredit: Portal Nganjuk

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas