Connect with us

Oh! Media

“Jangan Komen Benda Sampah” – Norhizam Jawab Sindiran Netizen, Cadang Tubuh NGO ‘YB Viral’

Oh! Negara

“Jangan Komen Benda Sampah” – Norhizam Jawab Sindiran Netizen, Cadang Tubuh NGO ‘YB Viral’

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan Barisan Nasional (BN) sebagai pemenang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: SPR Sahkan Barisan Nasional Menang Majoriti PRN Melaka!

Hal itu selepas parti tersebut memenangi 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus mengesahkan pembentukan kerajaan Melaka yang baharu.

Turut menjadi perhatian, penyandang Kerusi DUN Pengakalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee atau YB Viral yang bertanding sebagai calon bebas turut tewas kepada calon BN, Kalsom Noordin.

Dia yang bertanding menggunakan simbol kunci itu kehilangan deposit selepas hanya memperoleh sebanyak 1,218 undian sahaja.

Gagal pertahan kerusi, Norhizam mahu tubuh NGO ‘YB Viral’

Walaupun terpaksa menerima kekalahan itu, Norhizam mengakui perkara itu sedikit pun tidak meruntuhkan semangatnya bagi membantu rakyat.

Menurutnya, dia bercadang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama ‘YB Viral’ bagi meneruskan usahanya sebelum ini meskipun tewas.

Tegasnya, kumpulan itu akan ditubuhkan dalam masa terdekat dan sebagai bentuk ‘penghargaan’ kepada rakyat yang telah mengundinya semasa PRN Melaka.

Saya akui kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun itu tidak akan melemahkan semangat untuk terus berbakti pada rakyat yang telah mengundi saya. 

Saya mungkin akan menubuhkan sebuah NGO atas nama YB Viral yang membawa maksud ‘yang bekerja’, bukan ‘yang berhormat’ untuk meneruskan kerja-kerja menyantuni rakyat

Jawab sindiran negatif dari netizen

Bagaimanapun, dia juga mengakui mendapat pelbagai sindiran daripada netizen sehingga ada yang mendakwa dirinya akan meneruskan pekerjaan sebagai pemandu van.

Anda boleh komen tetapi jangan komen benda sampah. Sekiranya sekadar ingin memberikan komen negatif, saya kira tidak perlulah. 

Menurutnya, dakwaan dirinya akan meneruskan pekerjaan membawa van seakan-akan perkara tersebut dilihat hina, namun pekerjaan mengambil duit rakyat adalah lebih teruk.

Cerita saya bawa van seperti pekerjaan itu terlalu hina, sedangkan yang lebih hina adalah pekerjaan mengambil duit rakyat. Salah ke kalau saya mencari rezeki membawa van atau mengusahakan perniagaan logistik?

Bagaimanapun, dia terus berlapang dada selain menganggap komen berbaur negatif itu diberikan oleh mereka yang berfikiran sempit.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas