
Oh! Politik
Ini Tindakan Awal Biden Terhadap Negara Majoriti Islam
Oleh
Joe Biden akhirnya berjaya mendapat gelaran Presiden Amerika Syarikat selepas berjaya menewaskan Donald Trump dan Biden nampaknya sudah mula membuat beberapa keputusan.
Kebanyakan keputusan yang dilakukan adalah dengan menterbalikkan segala keputusan yang telah diputuskan Trump sewaktu memerintah. Antaranya adalah menamatkan sekatan perjalanan AS terhadap beberapa negara majoriti penduduknya Islam.
Biden melakukan perkara itu dengan menandatangani perintah eksekutif di Pejabat Oval sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai presiden ke-46.
Sebelum ini Trump mengenakan sekatan berkenaan pada tahun 2017 dan antara negara yang terlibat merangkumi beberapa negara Afrika termasuk Syria, Somalia, Yaman, Iran, Iraq, Libya dan Sudan.
Ia menepati janji kempen kepada masyarakat Islam dan sekutunya. – Kata Ketua Pertubuhan Nihad Awad.
Semoga apa yang dilakukan ini dapat menghentikan dasar anti-Islam dan anti-imigran yang berlaku dalam pemerintahan Trump sebelum ini.
Kredit: Berita Harian
