Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Tun Mahathir Bila UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada PM

Oh! Negara

Ini Respon Tun Mahathir Bila UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada PM

Malam tadi, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi telah membuat satu pengumuman mengejut mengenai penarikan semula sokongan UMNO terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini 7 Kegagalan Kerajaan Yang Disenaraikan Zahid, Jadi Punca UMNO Tarik Sokongan

Sinar Harian turut mendapatkan pandangan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara ini dan beliau tidak peduli sama ada UMNO akan keluar atau tidak daripada kerajaan PN.

Dia (UMNO) berkira pasal politik sahaja. Saya tidak peduli dia sokong Muhyiddin Yassin, dia selamat juga. Kalau Muhyiddin jatuh, dia jatuh juga. Dia nak buat apa, di buatlah.

Bagi saya yang utama ialah macam mana kita tangani Covid-19. – Kata Tun Mahathir.

Apa yang pasti, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan berlaku hari ini dan nantikan berita terkini dari kami.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas