Connect with us

Oh! Media

Ini Lantikan Yang Diberikan WHA Kepada Khairy Jamaluddin Dalam Persidangan Kesihatan Sedunia Ke-75

khairy jamaluddin

COVID-19

Ini Lantikan Yang Diberikan WHA Kepada Khairy Jamaluddin Dalam Persidangan Kesihatan Sedunia Ke-75

Seperti yang kita tahu, Pertubuhan Kesihatan Dunia atau lebih dikenali sebagai World Health Organization (WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan tertentu demi menjamin keselamatan penduduk di seluruh dunia.

ADVERTISEMENT

Selain itu, tugas lain Pertubuhan Kesihatan Dunia ini adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan Laporan Kesihatan Sedunia, melakukan Kajian Kesihatan Sedunia dan juga menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia.

Kebiasaannya, negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Kesihatan Dunia ini akan melantik seorang wakil untuk dihantar ke Persidangan Kesihatan Sedunia. Sebelum Persidangan Kesihatan Sedunia itu, mereka akan berbincang dan melantik ahli organisasi bagi mengendalikan perhimpunan tersebut.

Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia ke-75

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin kini dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 22 hingga 28 Mei 2022.

Menerusi satu ciapan yang ditulis oleh Khairy Jamaluddin di laman Twitter, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Kesihatan Dunia kerana sebulat suara melantiknya menjadi Naib Presiden untuk Persidangan Kesihatan Sedunia 2022 itu.

Pelantikan sebagai Naib Presiden WHA itu adalah satu penghormatan besar kepada Malaysia. – Kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambah beliau lagi dalam ciapan tersebut, hasratnya juga akan dilaksanakan ketika Persidangan Kesihatan Sedunia iaitu akan membawa suara Pasifik Barat ke perhimpunan dunia tersebut khususnya tentang prinsip ekuiti, solidariti dan akauntabiliti.

Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia

Tambah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu lagi, beliau dengan sukacitanya mengumumkan yang Khairy Jamaluddin telah dipilih sebulat suara oleh negara anggota Pasifik Barat sebagai Naib Presiden WHA ke-75 ketika Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-72 di Himeji Jepun.

Dengan keputusan tersebut, ia secara tidak langsung menunjukkan yang Malaysia diberi pengiktirafan sewajarnya berdasarkan peranan aktif menerusi platform kesihatan global dalam WHA ke-69 pada tahun 2015 dan sekali lagi pada WHA ke-75 tahun depan bagi mewakili semua 37 negara anggota dari rantau Pasifik Barat.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas