Connect with us

Oh! Media

Ini Jumlah Bantuan Diberikan Perdana Menteri Kepada 870,000 Individu Hilang Pendapatan

bantuan

Oh! Negara

Ini Jumlah Bantuan Diberikan Perdana Menteri Kepada 870,000 Individu Hilang Pendapatan

Walaupun kerajaan sudah membuka semula ekonomi negara dan memberi kebebasan kepada rakyat untuk melakukan aktiviti merentas negeri, tidak dapat dinafikan ramai yang masih hilang pendapatan. Berdasarkan laporan kerajaan, seramai 870,000 individu rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju untuk memberikan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500.

Bayaran itu akan diberikan secara one-off bermula esok 26 Oktober dengan bajet sebanyak RM434 juta.

Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

Jadi bagaimana kita nak semak samaada layak atau tidak menerima bantuan ini?

Berdasarkan Perdana Menteri, semakan status kelulusan BKP ini boleh dilihat esok di laman web https://bkp.hasil.gov.my.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Apapun jaga keselamatan dan kesihatan. Jangan sekali-kali abaikan SOP dan norma baharu yang kita jaga selama ini.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas