Connect with us

Oh! Media

Hishammuddin Bakal Timbalan Perdana Menteri?

Oh! Negara

Hishammuddin Bakal Timbalan Perdana Menteri?

Menurut sumber media hari ini, katanya Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ianya dikatakan sebagai usaha untuk mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional, bagi mengelakkan lebih banyak ancaman dari parti UMNO.

ADVERTISEMENT

Turut difahamkan juga yang tindakan itu hanyalah akan mengakibatkan kemarahan kepada pimpinan UMNO, dan bukannya melegakan hati mereka. Ini kerana oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sudah pun membuat ketetapan untuk mengkaji semula hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hubungan antara dua parti itu juga dikatakan semakin renggang selepas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjadi ahli Parlimen kedua UMNO telah menarik balik sokongannya secara rasmi dari Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hisham akan menjadi Timbalan Perdana Menteri secepat mungkin. – Menurut Sumber kepada The Malaysian Insight.

Seorang sumber lain telah memaklumkan kepada The Malaysian Insight bahawa cadangan itu sudah pun dibuat, cuma ianya masih belum dimaklumkan kepada komponen Perikatan Nasional yang lain.

Jika Hishammuddin dilantik sebagai orang nombor dua dalam Kerajaan Persekutuan, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin kanan yang lain, seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional, dan Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beberapa pemerhati juga menganggap tindakan itu mungkin bakal memakan diri memandangkan Hishammuddin, yang juga Menteri Luar, dilihat tidak berapa selari dengan pendirian dan aspirasi pimpinan kanan UMNO seperti Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kredit: Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas