Connect with us

Oh! Media

Darurat Hingga Ogos, Gaji Ahli Parlimen Wajar Dibayar Separuh?

Oh! Negara

Darurat Hingga Ogos, Gaji Ahli Parlimen Wajar Dibayar Separuh?

Macam yang kita tahu, dua hari lepas YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah pun beri perkenan untuk melaksanakan darurat sehingga 1 Ogos 2021 atau tarikh yang lebih awal jika kes Covid-19 berjaya dikawal.

ADVERTISEMENT

BACA : Terkini! Agong Perkenan Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Sepanjang tempoh darurat ini juga, tiada persidangan yang boleh dilakukan sama ada di Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN). Bila dah macam tu, ada lah mulut-mulut yang mula mempersoalkan tentang gaji ahli parlimen. Antara yang telah menyuarakan tentang isu ini adalah Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong.

Menurut beliau, semua ahli Parlimen wajar terima separuh sahaja dari keseluruhan gaji mereka memandangkan persidangan di Parlimen dah digantung buat sementara waktu. Maksudnya, diorang dah tak bekerja dan main peranan dekat sana. Separuh lagi gaji baik didermakan pada rakyat.

Yelah, dengan keadaan ekonomi yang merudum sekarang, tambah pula dengan situasi banjir yang melanda beberapa negeri, confirm ada segelintir rakyat yang berada dalam keadaan susah dan perlukan bantuan. Tak kisah lah anda dari blok kerajaan atau pembangkang, kedua-duanya ada tanggungjawab yang perlu digalas bagi membantu rakyat.

“Wang itu boleh digunakan kerajaan Pusat untuk membantu rakyat yang sebahagian besarnya sedang bermasalah gara-gara Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).” – katanya.

Tambah Tong Keong lagi, pemimpin patut ambil peluang ini untuk tunjuk tauladan yang baik dan membuktikan yang mereka benar-benar care dan ambil peduli dengan nasib yang menimpa rakyat. Hm, betul juga apa yang beliau cakap. Tapi, cakap je tak guna. Kita tengoklah jika ada sebarang respons dari pihak atasan dengan pendapat ini.

Kredit: Utusan Malaysia

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas