Connect with us

Oh! Media

“Fokus Bantu Rakyat, Bukan Waktu Yang Sesuai Nak Berpolitik”- Tun M

nasihat tun m

Oh! Negara

“Fokus Bantu Rakyat, Bukan Waktu Yang Sesuai Nak Berpolitik”- Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah memberi nasihat kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik supaya lebih fokus membantu kebajikan rakyat bukan berpolitik di waktu-waktu sukar ini.

ADVERTISEMENT

“Kami tidak terbabit dengan politik mereka. Waktu ini bukanlah masa sesuai untuk politik.

“Kita hanya tumpu kepada usaha untuk membantu rakyat. Kita tidak akan bersama kerajaan, namun kita berharap kerajaan membenarkan penubuhan majlis ini (Majlis Pemulihan Negara),” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata, pada waktu ini Pejuang hanya menumpukan usaha membantu rakyat yang terkesan serta mengawal penularan Covid-19.

Tambahnya, usul mengenai penubuhan Majlis Pemulihan Negara akan dikemukakan oleh Pejuang sejurus selepas parlimen dibuka nanti.

Menjawab sama ada beliau berminat menjadi Perdana Menteri Interim, Tun M berkata, ketika ini beliau tidak memikirkan isu itu, Pejuang hanya mahu membantu rakyat dan memerangi Covid-19.

Jelas beliau, pihaknya mempunyai strategi tertentu yang terbaik untuk mengeluarkan negara daripada bencana ini.

“Kami yakin penubuhan Majlis Pemulihan Negara sebagai badan bebas adalah kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu kesihatan dan ekonomi negara.

“Ia dapat meredakan keadaan sekaligus membantu rakyat yang berdepan krisis ketika ini,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

“Hari ini (pendaftaran Pejuang). Diluluskan oleh menteri dan pendaftar pertubuhan,” katanya.

Pada masa yang sama, Tun M mengumumkan bahawa Pejuang sudah berjaya didaftarkan sebagai sebuah parti politik bermula hari ini.

Kredit : HarianMetro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas