Connect with us

Oh! Media

Faizal Azumu Dakwa Anwar Tidak Dapat Sokongan Majoriti Rakyat Sebagai Perdana Menteri

faizal azumu

Oh! Negara

Faizal Azumu Dakwa Anwar Tidak Dapat Sokongan Majoriti Rakyat Sebagai Perdana Menteri

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu nampaknya terus menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

ADVERTISEMENT

Dalam satu kenyataan baru yang dikeluarkannya, Faizal mendakwa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai keabsahan moral kerana hanya mendapat majoriti selepas bergabung bersama Barisan Nasional.

Anwar menjadi PM bukan denan sokongan majoriti rakyat tetapi melalui pencaturan politik dengan BN, di mana Anwar berjanji kepada rakyat semasa kempen tidak akan bergabung dengan BN yang terpalit dengan skandal dan rasuah.

Kerajaan yang baharu dibentuk dengan Anwar sebagai PM bukan kerajaan Perpaduan. Ini adalah kerana gabungan politik yang mewakili orang Melayu iaitu PN tidak sebahagian dari kerajaan PH-BN ini yang didominasi DAP, parti terbesar kerajaan baharu dengan 40 kerusi.

Faizal turut melihat Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang memegang janji untuk tetap tidak bekerjasama dengan Zahid Hamidi mahupun sekali-kali menggugurkan tuduhan rasuahnya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas