Connect with us

Oh! Media

Dr Zulkifli Mohon Maaf Atas Kelemahan Sepanjang 17 Bulan 6 Hari

dr zulkifli

Oh! Negara

Dr Zulkifli Mohon Maaf Atas Kelemahan Sepanjang 17 Bulan 6 Hari

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh menterinya telah meletakkan jawatan dan kini Malaysia menantikan pengganti baharu yang akan memimpin negara. Meninjau perkembangan terkini Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau akhirnya dapat menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa semula.

ADVERTISEMENT

BACA: Dr Zulkifli Harap Liverpool Dinobatkan Sebagai Juara Buat Musim Ini & Musim Hadapan

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini turut menyatakan hasratnya untuk terus aktif di laman sosial.

Mungkin selepas ini saya lebih aktif di YouTube Channel dan Twitter Spaces. Kembali menulis buku, menyampaikan kuliah dan menjawab soalan-soalan agama. – Tulisnya di Twitter.

dr zulkifli

Dr Zulkifli turut memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia sepanjang 17 bulan 6 hari dia menyandang amanah sebagai menteri.

Sekalung penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana memberi sepenuh keyakinan kepada saya untuk menyumbang kepada negara. Begitu juga tidak dilupakan rakan-rakan kabinet yang sentiasa memberi sokongan. – Tulisnya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak RM591.9 juta telah diagihkan bermula Mac 2020 hingga ke hari ini melalui inisiatif #Musaadah. Beliau turut akan membentangkan ke mana setiap sen Zakat, infaq, waqaf yang disalurkan sepanjang 2020-2021.

Semasa bergelar Mufti Wilayah, beliau sememangnya amat disenangi rakyat Malaysia kerana cepat menjawab segala isu yang diajukan rakyat. Kini beliau mempunyai lebih 500 ribu pengikut dan 19.2 ribu perkongsian di Twitter.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas