Connect with us

Oh! Media

Didakwa Siti Kasim Pakai Jam Rolex Ketika Solat, Menteri Agama Beri Penjelasan

Oh! Politik

Didakwa Siti Kasim Pakai Jam Rolex Ketika Solat, Menteri Agama Beri Penjelasan

Jam tangan merupakan salah satu perhiasan yang gemar diguna pakai oleh sesetengah golongan bagi memudahkan mereka mengetahui waktu yang tepat.

ADVERTISEMENT

BACA: Pernah Terima Jam Tangan Dari Shuib, Naim Daniel Enggan Beri Komen

Terdapat pelbagai jenis jam tangan yang dicipta mengikut trend serta kemampuan seseorang untuk mendapatkan perhiasan yang sesuai buat diri mereka.

Siti Kasim perli jam tangan Idris Ahmad?

Namun baru-baru ini, seorang peguam, Siti Kasim, telah mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad telah memakai jam tangan mewah berjenama Rolex.

Perkara itu diluahkan Siti Kasim melalui sebuah hantarannya di laman Twitter yang seakan-akan memerli Menteri Agama itu yang gemar memakai jam tersebut ketika solat.

Peguam itu juga dilihat turut menyatakan tentang tag nama yang digunakan Idris Ahmad yang menggunakan bahasa Jawi berbanding bahasa melayu.

Idris Ahmad beri penjelasan

Walaubagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian daripada Idris Ahmad dan beliau dengan pantas menafikan kenyataan yang dibuat Siti Kasim.

Melalui perkongsiannya di laman Facebook, beliau menegaskan bahawa jam tangan yang dipakainya itu bukanlah berjenama Rolex, malah ia adalah Buruj.

Menurutnya, beliau sentiasa memakai perhiasan itu kerana mahu memudahkan dirinya mengetahui waktu solat dan arah kiblat dengan tepat.

Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat & arah kiblat.

Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat.

Malah selepas diperiksa, perhiasan tangan itu hanya berharga kurang daripada RM300 serta banyak digunakan oleh masyarakat pada zaman sekarang.

Netizen turut berikan pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berterima kasih terhadap penjelasan yang dibuat beliau serta turut mengecam dakwaan Siti Kasim tersebut.

Setakat ini, perkongsian itu telah mendapat lebih daripada 13,000 tanda suka serta dikongsi sebanyak 3,700 kali.

Kredit: Facebook Idris Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

To Top