Connect with us

Oh! Media

“Dia Yang Minta Bertanding Di Sungai Buloh” – Zahid Hamidi Nafi Cuba Tamatkan Karier Politik KJ

Oh! Negara

“Dia Yang Minta Bertanding Di Sungai Buloh” – Zahid Hamidi Nafi Cuba Tamatkan Karier Politik KJ

Bahang PRU-15 kian terasa dengan kesemua parti yang bertanding ketika ini sedang giat mengatur langkah dan strategi untuk meraih sokongan dan undi rakyat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Takkanlah Saya Nak Lawan Parti Yang Berjasa Pada Saya” – Noh Omar Sahkan Tak Bertanding Pada PRU-15

Terbaru, tular satu kenyataan yang dibuat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika memberikan ceramah di hadapan ribuan penyokong Barisan Nasional semalam.

Meskipun ditukar dan dihantar bertanding di Sungai Buloh, itu langsung tidak mematahkan semangat Khairy yang dilihat tetap berkobar-kobar mahu berjuang dan menang di parlimen yang digelarnya sebagai kandang naga itu.

Bukan itu sahaja, Khairy juga menyuarakan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.

@detruthchannel Yes….KJ for next PM #PRU15 #khairyjamaluddin #sungaibuloh ♬ Victory(完整版) – Two Steps From Hell

Tapi bukan sekaranglah. Saya umur 46 tahun, boleh tunggu lagi tapi jangan lama sangat lah. I’m ready but saya kena buktikan di Sungai Buloh ini dahulu.

Kalau orang Sungai Buloh sokong saya, saya boleh maklumkan kepada orang parti (bahawa) saya datang ke kandang naga (26,000 majoriti). Saya menang kerusi untuk Barisan Nasional, I want to lead the party and I want to lead the country now.

Kenyataan Khairy itu dilihat seakan-akan ditujukan kepada partinya yang secara mengejut menukar dan menghantar Menteri Kesihatan itu untuk bertanding di Sungai Buloh.

Mana tidaknya, penukaran dibuat kepimpinan Barisan Nasional yang menukar Khairy Jamaluddin ke Sungai Buloh itu menjadi bualan warganet yang rata-ratanya mendakwa kem Barisan Nasional cuba untuk menjahanamkan karier politik Khairy Jamaluddin.

Zahid Hamidi nafi mahu jahanamkan karier politik KJ

Dalam pada itu, Presiden Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan itu sebaliknya mengatakan bahawa Khairy yang meminta untuk bertanding di Sungai Buloh.

Menerusi video dimuat naik mynewshub di Twitter, Zahid menjawab soalan itu ketika ditanya salah seorang wartawan.

Dia (Khairy) yang minta. Dia meminta kerusi (Parlimen Sungai Buloh) itu diberikan kepadanya. Sebab itu saya sokong dia ke Sungai Buloh.

Dan ketika ditanya adakah Khairy layak untuk menjadi Perdana Menteri, Zahid Hamidi mendedahkan bahawa ia bergantung kepada pilihan raya yang akan datang.

Apa komen korang?

Kredit: TikTok detruhtchannel | Twitter mynewshub

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas