Connect with us

Oh! Media

Calon Parti Muda Dakwa Petugas SPR Tidak Laksana Larangan Bawa Telefon Bimbit

parti muda

Oh! Negara

Calon Parti Muda Dakwa Petugas SPR Tidak Laksana Larangan Bawa Telefon Bimbit

Hari ini bermulalah tugas rakyat Malaysia untuk keluar mengundi bagi memilih pemimpin yang layak untuk menguruskan Malaysia. Tahniah bagi mereka yang sudahpun keluar mengundi dan bagi yang belum, boleh rancang untuk keluar mengundi hingga petang ini.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, sepanjang proses pengundian yang berlangsung hari ini, calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Parlimen Tanjung Piai iaitu Lim Wei Jeit mendakwa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ketika mengundi.

Penting untuk mencegah sogokan dan penipuan

Mengikut apa yang saya baru lalui tadi, peraturan SPR yang handphone (telefon bimbit) perlu diletakkan ke dalam jagaan pegawai semasa anda memangkah undi itu tidak dikuatkuasakan. Ini penting untuk mencegah sogokan dan penipuan.

Harap PACA (Ejen Tempat Undi dan Ejen Mengira Undi) dan SPR beri perhatian serius.

Untuk pengetahuan korang, peraturan larangan membawa telefon bimbit ini baru sahaja dilaksanakan bagi PRU-15 dan ia dikeluarkan melalui infografik 10 langkah pengundian oleh SPR.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas