Connect with us

Oh! Media

Mahu Mandat Rakyat Dikembalikan, Cadang Adakan PRU Selepas Kes Jangkitan Sudah Terkawal

Oh! Politik

Mahu Mandat Rakyat Dikembalikan, Cadang Adakan PRU Selepas Kes Jangkitan Sudah Terkawal

Dengar cerita ahli-ahli Umno bersidang sampai lebih empat jam dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, malam semalam.

Selesai saja mesyuarat itu berakhir, Umno dikatakan telah memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan pilihan raya umum, ini adalah untuk mewujudkan kerajaan yang stabil apabila pandemik Covid-19 sudah dapat dikawal dan berada di tahap minimum.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berkata, Umno adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat.

Maka, semua anggota kabinet yang mewakili Umno, harus terus kekal dalam kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat serta mempertahankan maruah parti. – Katanya. 

Beliau juga turut menegaskan agar Umno terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan mereka sebelum ini, iaitu berhubung dengan kepentingan gencatan politik dan Rekonsiliasi Nasional dalam berdepan dengan Covid-19, untuk menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

Beliau turut mengulangi kepada parti itu, untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam memastikan pentadbiran negara dapat diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang dan menghormati semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Umno dikatakan turut memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada kerajaan, antaranya berkaitan isu pelanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19, bayaran khas kepada barisan hadapan, dan termasuk isu berkaitan dengan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Dengan itu, UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan.

Jadi sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO dalam menyokong titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. – Katanya.

Katanya lagi, sekiranya pendirian Umno di dalam perkara itu masih lagi dipersoalkan, parti itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kepentingan rakyat. 

Apa pendapat korang tentang perkara ni? Bagi kami, sekarang bukanlah waktunya lagi untuk berpolitik. Kita perlu berikan fokus kepada membendung penularan Covid-19 sehingga rakyat benar- benar selamat.

Kredit: Bernama

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

ITTIFY

To Top