Connect with us

Oh! Media

“Buat Jenayah Pencemaran Alam Sekitar? Denda RM10 Juta Menanti” – Menteri Alam Sekitar

Oh! Negara

“Buat Jenayah Pencemaran Alam Sekitar? Denda RM10 Juta Menanti” – Menteri Alam Sekitar

Sejak akhir-akhir ini, banyak peredaran berita membabitkan pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi sehingga mengganggu masyarakat sekeliling.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Masih Kuarantin” – Mangsa Pencemaran Sisa Toksik Akui Muntah Lebih 20 Kali

Hal itu turut berkaitan dengan pencemaran sungai di Johor Bahru apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik di sungai sehingga turut menyebabkan pencemaran udara.

Selain itu, terdapat juga laporan menyatakan tentang beberapa individu yang telah mengalami kesan sampingan terhadap pencemaran itu termasuklah muntah-muntah serta pengsan.

Menteri Alam Sekitar cadang denda RM10 Juta

Berhubung dengan perkara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akas 1974).

Cadangan itu termasuklah denda minumum RM5,000 denda maksimum RM10 Juta kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar.

Menurut Tuan Ibrahim, pindaan Akas 1974 itu dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan selepas mendengar rintihan rakyat yang mendesak hukuman setimpal diberikankan kepada penjenayah alam sekitar membaitkan kes pencemaran sungai.

Tambahnya lagi, kementerian katanya telah mengkaji dan mencadangkan pindaan Akas 1974 untuk dipertimbangkan di Parlimen.

Insya-Allah, pindaan ini akan dibentangkan pada suku pertama 2022 di Parlimen tertakluk kepada kelulusan jemaah menteri.

Doakan supaya proses pindaan ini berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Pada April lalu, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan meminda Akas 1974 bagi mengenakan hukuman berat kepada pihak industri sekirangnya gagal mengikut peraturan.

Menurut Pengarahnya, Tan Sri Soh Thian Lai, akta tersebut adalah penting bagi memberikan pengajaran buat pihak pengurusan yang gagal menguruskan bahan buangan.

Tambahnya lagi, FMM sentiasa melihat ada keperluan untuk meminda akta berkenaan sebagai mesej penting bahawa alam sekitar perlu dijaga sebaik-baiknya.

Kredir: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas