Connect with us

Oh! Media

Bertemu TPM, Ini 10 Cadangan Pemuda UMNO Untuk Tambah Baik Bantuan Rakyat

Oh! Negara

Bertemu TPM, Ini 10 Cadangan Pemuda UMNO Untuk Tambah Baik Bantuan Rakyat

Pemuda Umno hari ini telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga merupakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail, untuk menyampaikan 10 cadangan yang digelar #TuntutanRakyat bagi menambah baik bantuan kepada rakyat.

ADVERTISEMENT

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengatakan bahawa cadangan ini adalah semata-mata untuk memastikan bantuan yang diberikan rakyat bertambah baik hasil daripada rumusan daripada pihaknya.

Menurut Umno online, berikut adalah 10 permintaan rakyat bagi menambah baik bantuan rakyat:

1. Segerakan Bantuan Khas Covid (BKC), jangan tunggu bulan Ogos; itupun belum ada tarikh bulan Ogos bagi tujuan pembayaran. Rakyat amat terdesak sekarang. (Nota: Nilai BKC adalah RM250 untuk M40, RM800 untuk B40; RM1,300 untuk Miskin Tegar; RM100 untuk Bujang).

2. Luluskan kedua-dua kategori penerima BPR/BKC dan juga penerima GKP-Geran Khas Prihatin. (M40: BKC (RM250) + GKH (500) = RM750 sahaja; B40: RM300 + GKH:RM500 = RM800 sahaja). Ramai mengadu dinafikan BPR/BKC kerana GKP sedangkan GKP untuk bantu perniagaan terjejas sedangkan BPR/BKC lebih kepada keperluan menampung kehidupan diri dan keluarga.

3. Permudahkan proses rayuan tanpa perlu banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan. Birokrasi yang rumit akan menyusahkan lagi rakyat terutamanya kepada golongan M40 yang hanya menerima RM 250.

4. LHDN wajar ambil kira data terkini. Ramai di kalangan rakyat terutamanya M40 yang jatuh ke kategori B40 sejak awal tahun ini. Ketika PKP ini, data pembayaran cukai 2020 tidak menggambarkan realiti sebenar keadaan majoriti rakyat.

5. Kerajaan wajar menambah suntikan fiskal dengan meningkatkan jumlah BKC terutamanya untuk M40. Nilai RM250 terlalu sedikit dalam keadaan rakyat sudah sampai ke peringkat terdesak.

6. Tambah baik i-Citra dengan dibenarkan pengeluaran secara ‘lump sum’ berbanding berkala setiap bulan dan kadar lebih tinggi mengikut simpanan pencarum. Sebagai contoh, RM10,000 bagi yang ada simpanan RM100,000 ke atas.

7. Benarkan akses kepada Akaun 1 KWSP dan permudahkan pengeluaran i-Citra.

8. Benarkan akses kepada golongan T20 dan M40 untuk mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi bagi tujuan melangsaikan komitmen-komitmen seperti hutang akibat daripada pendapatan yang terjejas secara mendadak.

9. Selaraskan kaedah penawaran Moratorium yang dibuat oleh Bank-Bank dengan tidak mengenakan faedah terakru. Perkara itu menyebabkan rakyat terpaksa membayar kos pinjaman lebih tinggi akibat memilih Moratorium.

10. Bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil yang ramai mula terpaksa gulung tikar.

Menurut laporan Kosmo, Datuk Seri Ismail amat komited dan bersetuju untuk menjadikan 10 tuntutan rakyat ini sebagai keutamaan beliau setelah dilantik menjadi TPM.

Beliau juga akan memastikan tiada lagi kompromi untuk membolehkan kilang-kilang yang menjadi penyumbang penyebaran virus ini dibuka sewenang-wenangnya.

Kredit: Umno online, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas