Connect with us

Oh! Media

Berkesan Atau Tidak? Ini Penjelasan Dr Noor Hisham Tentang Keberkesanan ‘Nano Mist Spray’

Oh! Negara

Berkesan Atau Tidak? Ini Penjelasan Dr Noor Hisham Tentang Keberkesanan ‘Nano Mist Spray’

Sejak akhir-akhir ini, penggunaan nano mist spray mula mendapat perhatian daripada masyarakat untuk digunakan sebagai alat pencegah daripada virus pandemik.

ADVERTISEMENT

BACA: Dr Hisham Kembali Adakan Sidang Media Di KKM Selepas Jalani Kuarantin Kendiri

Oleh itu, masyarakat mula bertindak mendapatkan alat disinfeksi itu bagi menghapuskan serta mengelakkan daripada berlakunya penularan.

Namun, timbul persoalan sama ada ia berkesan atau tidak alat berkenaan yang dianggap mampu menghapuskan virus di udara dan juga di permukaan itu?

KKM perjelas pengunaan ‘nano mist spray’

Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerangkannya menerusi kenyataan di laman Twitter rasminya berkenaan isu keselamatan dan keberkesanan nano mist spray.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr, Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa penggunaan alat semburan itu bagi tujuan disinfeksi tidak menggantikan keperluan nyahkuman permukaan secara manual.

Menurutnya, ia kerana ramai beranggapan bahawa penggunaan alat tersebut mampu menghapuskan virus di udara dan juga di permukaan.

Bagaimanapun, keberkesanan alat tersebut bergantung kepada keupayaan tertentu bagi menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan.

Selain itu, jenis dan kepekatan lauratan disinfeksi yang digunakan serta tempoh masa pendedahan menjadi salah satu faktor bagi menentukan keberkesanannya.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1440172236766208001?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1440172236766208001%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2021%2F09%2F21%2Fbetul-ke-tak-berkesan-tan-sri-noor-hisham-jelaskan-keberkesanan-penggunaan-nano-mist-spray%2F

Larutan disinfeksi yang berkesan buat masa ini

Menurut beliau, terdapat beberapa larutan dalam nano mist spray yang digunakan buat masa ini dan terbukti keberkesan dalam membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan termasuklah:

1. Larutan yang mengandungi alkohol 70% hingga 90%

2. Hydrogen Peroxide

3. Thymol

4. Quarternary Ammonia

5. Larutan berasaskan klorin

Selain itu, orang ramai yang ingin mengetahui senarai larutan disinfeksi yang berkesan boleh diperoleh di halaman sesawang ini yang menjadi rujukan seluruh dunia.

Mampu beri kesan buruk kepada manusia

Menerusi satu kenyataannya hari ini, beliau menyatakan larutan disinfeksi yang dinyatakan itu mampu memberikan kesan yang buruk kepada manusia.

Hal itu kerana larutan-larutan itu adalah bertujuan untuk membunuh kuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.

Menurutnya, sesetengah larutan disinfeksi tersebut boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, salutan pernafasan dan juga sistem pencernaan.

Kredit: Twitter KKMalaysia I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas