Connect with us

Oh! Media

Beri Manfaat Kepada Ekonomi, Timbalan Menteri KKMM Cadang Kebenaran Tanam Ketum Dan Hemp

Oh! Negara

Beri Manfaat Kepada Ekonomi, Timbalan Menteri KKMM Cadang Kebenaran Tanam Ketum Dan Hemp

Sebut sahaja mengenai ketum dan hemp, sudah pasti akan menjadi perbualan masyarakat oleh kerana ia mampu mendorong kepada perbuatan negatif.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Treler Terima Upah RM 7,000 Bawa ‘Bantuan Makanan’, Rupa-Rupanya 2 Tan Ketum

Bagi individu yang menyalahgunakannya, sudah semestinya akan menjadi buruan pihak polis serta berisiko berdepan dengan hukuman berat serta denda.

Cadang pertimbang penanaman ketum dan hemp

Namun, perkara itu menerima pendapat berbeza daripada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mencadangkan kerajaan mempertimbangkan kebenaran penanaman ketum dan hemp.

Menurut laporan Sinar Harian, cadangan itu dibuat selepas melihat negara jiran, Thailand, telah mula memanfaatkan penggunannya serta mengeluarkan ia daripada senarai dadah.

Beri manfaat kepada ekonomi

Selain itu, Ahli Parlimen Padang Besar itu turut berkata bahawa penanaman kedua-dua jenis tanaman ini mampu memberikan kebaikan kepada ekonomi.

Hal ini kerana tumbuhan itu mampu memberikan manfaat dari segi perubatan serta turut berupaya meningkatkan pendapatan lebih dua juta petani kecil di luar bandar.

Orang yang menyalahgunakan ketum ini dari segi rekod sekitar 2,000 lebih sahaja.

Kita ada lebih kurang dua juta petani kecil-kecilan di luar bandar di seluruh negara yang boleh dapat manfaat.

Menurutnya lagi, ketum dan hemp merupakan salah satu tanaman yang mempunyai permintaan eksport yang tinggi di luar negara.

Jadi, benda ini kami cadangkan sebab nilai perubatan serta permintaan esksportnya itu cukup tinggi.

Tepis dakwaan hemp mengkhayalkan

Menurutnya lagi, walaupun orang ramai sering mengaitkan penggunaan hemp sama seperti ganja, namun ia adalah sejenis kanabis yang tidak mengkhayalkan.

Hemp ini ada persamaan dengan kenaf iaitu antara jenis dalam keluarga ganja dan ia tidak memabukkan serta mengkhayalkan seperti ganja.

Tambahnya lagi, hemp juga dapat digunakan sebagai perabot dan juga dijadikan sebagai ubat kanser yang mana ubat ini mampu dijual pada harga mencecah RM1,800.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas