×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Bekas Perdana Menteri Difailkan Notis Bangkrap Oleh LHDN?

Oh! Politik

Bekas Perdana Menteri Difailkan Notis Bangkrap Oleh LHDN?

Nampaknya kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih banyak dan kini LHDN dikatakan akan memfailkan notis kebankrapan terhadap beliau.

Pihak Mahkamah Tinggi sebelum ini turut telah memutuskan Najib Razak untuk membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 iaitu sebanyak RM1.69 bilion.

Disebabkan sehingga kini sebarang pembayaran masih belum dilakukan, pihak kerajaan telah memfailkan notis kebankrapan pada 4 Februari 2021 ke atas Najib.

Bagaimanapun, peguam mewakili Najib telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan pada 16 Jun dan Mahkamah Tinggi Sivil menetapkan 11 Jun untuk mendengar permohonan Najib bagi menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi.

Tetapi, mengikut Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar hutang masih tetap perlu melakukan bayaran kepada LHDN walaupun telah memfailkan rayuan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top