Connect with us

Oh! Media

Bawa Masuk Mekdi Tak Jamin Kemenangan, Rasmi Maszlee Tumbang Di Parlimen Simpang Renggam

maszlee malik

Oh! Negara

Bawa Masuk Mekdi Tak Jamin Kemenangan, Rasmi Maszlee Tumbang Di Parlimen Simpang Renggam

Keputusan rasmi bagi Parlimen Simpang Renggam dalam PRU-15 dimenangi calon dari Barisan Nasional, Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut.

ADVERTISEMENT

Hasni mendapat 18,312 undi dengan majoriti tipis 1,821 undi menewaskan pesaing terdekat calon Pakatan Harapan (PH) Dr Maszlee Malik yang hanya meraih 16,491 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Fazrul Kamat meraih 9,077 undi manakala calon Parti Pejuang Kamal Kusmin mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) hilang deposit apabila hanya meraih 251 undi.

Parlimen Simpang Renggam terdapat 59,033 pengundi berdaftar di mana 719 adalah pengundi awal. Daripada jumlah itu, sebanyak 42,160 keluar mengundi iaitu 72.3 peratus.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas