Connect with us

Oh! Media

“Bantuan Kerajaan Lambat Sampai Saya kena Botakkan Kepala” – Syed Saddiq

Oh! Negara

“Bantuan Kerajaan Lambat Sampai Saya kena Botakkan Kepala” – Syed Saddiq

Masih ingatkah anda tentang kejadian dimana YB Syed Saddiq menunaikan nazar dengan membotakkan kepalanya selepas berjaya mencapai sasaran mengumpulkan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk  membeli komputer riba kepada pelajar di kawasan parlimennya.

ADVERTISEMENT

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman juga ada menyifatkan oleh kerana saluran bantuan yang lambat tiba daripada pihak kerajaan, ianya menjadi punca kepada “mengapa perlunya fungsi Parlimen dihidupkan ketika pelaksanaan darurat.”

Beliau berkata, ia penting untuk memastikan berlangsungnya sesi semak dan imbang.

Saya mahu tanya di Parlimen apabila Gabungan Teksi Malaysia mengadu sehingga hari ini mereka tidak menerima bantuan. Begitu juga dengan bantuan laptop.

Kenapa saya di Muar kena keluarkan dana sendiri, kena botakkan kepala supaya akhirnya anak-anak kecil dapat pendidikan yang baik? Kita lakukan kerana bantuan kerajaan lewat turun.

Perjanjian bantuan laptop dibentang pada belanjawan lepas daripada rambut saya seperti Shah Rukh Khan kepada kepala botak seperti Altimet, sekarang (rambut) seperti (Menteri Kesihatan) Dr Adham Baba, tapi masih belum sampai. – Katanya ketika Program Berani Semuka bertajuk ‘PKP, Rakyat Terabai? YB Sila Jawab’ di Karangkraf di sini pada Selasa.

Program yang dikendalikan oleh Saiful Nizam Ismail itu turut menampilkan Ahli Parlimen Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin sebagai panelis.

Beliau juga turut mempersoalkan mengapa masih terdapat hospital yang memerlukan sumbangan luar walhal belanjawan yang diumumkan terbesar dalam sejarah.

Mengapa hospital di Sabah, terpaksa lakukan bantuan dana awam untuk beli peralatan yang mencukupi. – Soal Syed Saddiq.

Kredit: sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas