Connect with us

Oh! Media

Anwar Simpati Kepada Tengku Zafrul Kerana Jadi Mangsa Orang Politik

Oh! Negara

Anwar Simpati Kepada Tengku Zafrul Kerana Jadi Mangsa Orang Politik


Memang panas betul topik berkaitan ‘JASA’ sejak beberapa hari ni. Nampaknya ramai yang kurang setuju dengan peruntukan yang di beri oleh kerajaan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dalam belanjawan 2021 pada minggu lepas.

ADVERTISEMENT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan turut menzahirkan simpati kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana terpaksa menurut ‘kehendak politik’ pihak tertentu dalam menyediakan Belanjawan Negara 2021.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata,

Saya simpati kerana Menteri Kewangan bukan orang politik. Orang masukkan dia sebagai Menteri. Saya nak beritahu Menteri Kewangan, kalau jadi macam ini, yang kena jawab Menteri sendiri.

Jadi sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah (peruntukan tertentu). – Kata Anwar.

Anwar berkata begitu dengan merujuk kepada peruntukan RM85.5 juta yang diberi kepada JASA di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan geran one-off RM8.6 juta kepada Penggerak Komuniti Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anwar mendakwa ianya seolah-olah seperti sesuatu yang tak munasabah apabila banyak peruntukan lain yang lebih penting, telah dipotong, dan diberi laluan kepada penubuhan JASA, yang beliau dakwa sebagai alat propaganda politik.

Selain itu, beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara itu juga adalah alat politik kelompok bagi menteri tertentu.

Itu saya sebut tadi Menteri Kewangan menjadi mangsa orang politik. Bagi hujah karut apa pun orang tak boleh terima. Awak cakap simpati kepada rakyat, bagi RM300 dekat nelayan, bagi subsidi padi, tapi untuk kroni politik, teruskan propaganda kotor, lebih RM80 juta diberikan (kepada JASA).

Saya minta Menteri Kewangan batalkan peruntukan ini, juga kepada KPKT dengan NGO itu. One-off geran dari mana? RM8.6 juta untuk kesenangan kelompok menteri KPKT ini. Mana boleh. – Tegas Anwar.

Anwar turut menganggap perkara itu sebagai ‘unprecedented’, kerana peruntukan yang dikatakan sebesar itu boleh dimasukkan ke dalam banyak perkara lain yang lebih berkaitan terutamanya dalam usaha kerajaan menangani COVID-19.

Fuhhh, memang hangat betul topik ni. Agak-agaknya apa la kesudahan isu peruntukan JASA ni nanti.

Kredit: Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas