Connect with us

Oh! Media

“Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Berada Dalam Kegilaan”, Anwar Sedia Cabar Proklamasi Darurat

Oh! Negara

“Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Berada Dalam Kegilaan”, Anwar Sedia Cabar Proklamasi Darurat

Sebelum ini, nama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan menghantar surat kepada semua ahli Parlimen meminta mereka untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membatalkan proklamasi darurat dalam kadar segera. 

ADVERTISEMENT

BACA: Agong Sibuk Bantu Mangsa Banjir Tapi Anwar Ajak Ahli Parlimen Mohon Perkenan Batal Darurat

Menurut laporan media pada hari ini pula, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor bakal mencabar proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan, di mahkamah.

Kenyataan itu dibuat selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan semua ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Telah saya umumkan baru-baru ini tentang usaha kami dalam merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat dari salah guna kuasa.

Dan juga, pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin). – Kata Anwar.

Beliau juga turut menyifatkan bahawa kerajaan Pakatan Nasional (PN) yang berada di bawah pimpinan Muhyiddin sedang berada di lembah percanggahan dan kegilaan. 

Anwar dalam masa yang sama menyifatkan keputusan mengisytiharkan darurat, seperti tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya negara melawan impak COVID-19.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan putus asa. Negara ini negara yang istimewa, punya pelbagai kaum dan agama, dan saya yakin ini adalah ciri yang terbaik yang kita ada. – Katanya.

Kredit: Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas