Connect with us

Oh! Media

“Darurat Adalah Jalan Terbaik Untuk Mengelak Pilihan Raya Ketika Wabak” – Annuar Musa

Oh! Negara

“Darurat Adalah Jalan Terbaik Untuk Mengelak Pilihan Raya Ketika Wabak” – Annuar Musa

Perkataan darurat memang menjadi perbincangan hangat terutama di media sosial sejak kebelakangan ini. Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, juga tidak ketinggalan untuk disoal mengenai isu itu.

ADVERTISEMENT

Mengenai perintah darurat yang berkemungkinan akan dilaksanakan itu, Annuar Musa berkata segala kemelut politik yang sedang melanda negara boleh saja diselesaikan dengan pilihan raya umum (PRU). Jawabnya apabila ditanya tentang kririkan terhadap darurat yang mungkin akan dilaksana.

Dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang, Annuar berkata kerajaan telah memilih untuk tidak membahayakan keselamatan rakyat, dan tidak mahu berdepan risiko “dihukum” jika tersalah membuat keputusan.

Katanya lagi ketika mengulas tentang spekulasi darurat yang turut dikaitkan dengan percubaan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengelak undian yang dikatakan oleh setengah pihak. Terutama untuk Belanjawan 2021 – di Parlimen yang akan menguji majoriti yang dimilikinya. 

Darurat adalah jalan terbaik untuk mengelak pilihan raya ketika wabak – termasuk PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak, Annuar juga berkata dia sebenarnya mahu PRU diadakan segera bagi menamatkan kemelut politik negara.

Kalau ikut saya, bulan ini juga saya mahu pilihan raya (umum) diadakan, selesai masalah. Saya rasa (mandat) harus dipulangkan kepada rakyat secepat mungkin. 

Tapi kena pastikan jangan sampai ada yang menggadaikan nyawa rakyat. Jadi biarlah ia difikir dan dibincangkan betul-betul, kemudian kita tengok apa yang baik. – Katanya selepas melawat tapak MYGrocer@Wilayah di PPR Air Panas, Setapak pagi tadi.

Istana Negara pula, pada hari ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan berunding dengan Raja-raja Melayu selepas pertemuan dengan Muhyiddin tentang perkara itu.

Annuar berkata kerajaan tidak boleh tergesa-gesa untuk membuat keputusan jika tidak ingin berdepan kemarahan rakyat.

Kalau kita pilih cara yang salah, akhirnya rakyat akan menghukum kita. Tapi kalau mula-mula ini nampak salah, tapi akhirnya betul, insya-Allah rakyat akan berterima kasih. – Katanya lagi.

Dia juga meminta agar semua pihak termasuk pembangkang untuk terus bersabar dan tidak segera “menjatuhkan hukuman”, serta sabar menunggu penjelasan dan pengumuman rasmi kerajaan.

Kebanyakan kenyataan yang saya dengar itu berbaur politik, itu tak mengapalah. Barangkali ada juga baiknya, kita dengar dulu semua orang nak cakap apa.

Nasihat saya kepada semua, jangan berlunjur sebelum duduk, setelah duduk baru berlunjur. Biarlah perkara ini terus dibincangkan di pelbagai peringkat…Kita harap apa juga tindakan, biarlah keselamatan dan nyawa rakyat didahulukan. – Katanya lagi.

Jadi sama-sama lah kita tunggu keputusan rasmi daripada kerajaan, kerana segala apa pun keputusan yang dibuat mesti mengikut jalur perundangan.

Kredit: Malaysiakini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas