Connect with us

Oh! Media

Ahad KJ Kemalangan, Isnin Pagi JKR Dah Siap Repair Jalan Berlubang…

Oh! Negara

Ahad KJ Kemalangan, Isnin Pagi JKR Dah Siap Repair Jalan Berlubang…

Hari Ahad yang lalu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengalami kemalangan ketika sedang melakukan aktiviti berbasikal akibat terlanggar lubang jalan. KJ yang terhumban ke dalam parit mengalami kecederaan di muka dan dimasukkan ke hospital.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting itu bagaimanapun mendapat perhatian pihak JKR Kuala Langat apabila membalas tweet KJ dengan memohon maaf dan mengatakan pihak mereka akan mengambil tindakan segera.

Permohonan maaf pihak JKR Kuala Langat ini bagaimanapun menarik perhatian netizen apabila masalah jalan berlubang ini sudah menyusahkan ramai orang sehingga ada yang kehilangan nyawa.

Bagaimanapun, semalam Isnin pihak JKR Kuala Langat dikatakan telah selesai membaik pulih lubang di tempat kejadian.

KJ bagaimanapun tak menyangka perkongsiannya akan mendapat perhatian dan mengharapkan agar tindakan pantas juga dapat diambil terhadap jalan-jalan lain yang berlubang kerana ia membahayakan nyawa orang ramai.

Pihak berwajib harus menjaga jalan raya dengan standard yang tinggi buat semua rakyat, bukan hanya menteri. – Kata KJ.

Diharapkan semua pihak dapat memainkan peranan mereka dalam perkara ini. Sekiranya semua melakukan tanggungjawab masing-masing, masalah seperti ini tidak mungkin akan berlaku.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas