Connect with us

Oh! Media

Wawa Akui Pernah Minta Cerai & Ini Tindakan Yang Diambil Aeril Zafrel

Oh! Artis

Wawa Akui Pernah Minta Cerai & Ini Tindakan Yang Diambil Aeril Zafrel

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’, itulah pepatah yang sering dikaitkan dalam sesuatu hubungan kerana banyak perkara yang akan kita lalui bersama. Ada yang kekal hingga akhir hayat, ada juga yang terputus di tengah jalan.

ADVERTISEMENT

Pengalaman ini turut dikongsikan pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal yang boleh dikatakan sangat romantis dan bahagia. Tapi itu apa yang dilihat peminat, mustahil lautan tiada ombak kan?

Perkongsian kisah hidup mereka ini dapat dilihat di Instagram Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad yang mengulas isu perkahwinan.

Wawa akui pernah minta cerai dengan Aeril

Dalam temubual itu mereka menceritakan permulaan kehidupan mereka yang penuh suka duka dan Wawa turut mengakui pernah meminta cerai. Macam tak percaya kan?

Pada waktu itu Wawa masih muda, kita sejenis belum matang maksudnya sikit-sikit gaduh, sikit-sikit benda yang kecil diperbesarkan. Sikit-sikit tanpa berfikir panjang, ‘eh kau ceraikan aku’.

Saya belajar daripada sikap Aeril untuk menjadi seorang penyabar. Masa tu Aeril sangat sabar melayan Wawa.

Alhamdulillah, Wawa pun tak sangka kami bertahan sehingga sekarang, sembilan tahun perkahwinan yang mana Wawa banyak terinspirasi daripada Aeril. Banyakkan bersabar dan bertolak ansur dengan pasangan masing-masing. – Kongsi Wawa.

Fuhh, berdebar pula dengar cerita Wawa ni, nasib baik Aeril cool jer. Yelah, siapa tak sayang bini woi… Tapi memang itulah tanggungjawab seorang suami yang perlu menjadi ketua keluarga yang tenang, bijaksana dan pandai mengawal segala permasalahan yang timbul.

Bila diingat semula perkahwinan Wawa dengan Aeril tahun 2012 ni pun secara rahsia dan rata-rata peminat termasuk Ohmedia pun terkejut masa tu. Apapun sudah 9 tahun mereka bersama, dah ada tiga anak yang comel dan hensem sekarang.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada kita semua dan untuk mereka yang bakal membina masjid, jagalah tanggungjawab bersama.

Kredit: Instagram Prof Muhaya

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas